Wednesday, January 20, 2021

My plan to become a teacher with strong philosophy

Assalamualaikum dan salam sejahtera, penularan covid-19 semakin meningkat hingga 4 angka setiap hari. jadi izin kan saya memulakan penulisan blog ini dengan serangkap pantun..




Saya berharap agar pembaca blog ini dalam keadaan sihat walafiat dan dihindari dengan wabak covid-19 ini 'KITA JAGA KITA'...

Topik kali ini bukanlah berkaitan dengan covid-19 tetapi hanya sebagai peringatan bersama :) Topik hari ini merupakan penghujung atau last tajuk yang saya akan huraikan untuk memenuhi kritiria tugasan projek karya filo-sophia (sedih.. sob sob) insyallah jika ada kelapangan saya akan sambung lagi penulisan di blog ini dengan tajuk yang lebih menarik.

Sepertimana yang kita sedia tahu bahawa satu rangkap baris kata dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah termenterai pada tahun 1988 yang dahulu nya diberi nama Falsafah Pendidikan Negara. Ilham ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1979. FPK ini merupakan gabungan atau cantuman concepts – The 4 Western Philosophy & The 3T Islamic Philosophy.

Setiap insan yang bergelar guru mestilah mempunyai strategi, cara berserta ilham mereka yang tersendiri untuk memenuhi dan sekaligus mencapai objektif sebenar FPK. Tujuan sebenar FPK ini adalah untuk memperkembangkan lagi FPK sebagai asas pendidikan kita dan untuk mempromosikan perpaduan dalam mendidik generasi masa depan Malaysia.

I believe a good teacher, first, has a powerful faith in the future. Like the forester planting an oak seedling knowing he or she will never see the tree in all its glory, I know I may never see the fruits of my labors as teacher. My calling is to plant and nurture seeds that will grow and shape tomorrow.

Saya sebagai calon guru dan suatu hari nanti akan bergelar menjadi seorang guru sebenar (insyallah) akan memikirkan cara, strategi atau rancangan saya sendiri untuk menjadi guru yang mempunyai falsafah yang kuat serta mampu mencapai matlamat dan juga objektif sebenar FPK.

Setiap individu mempunyai aliran falsafah masing-masing seperti aliran falsafah tradisional iaitu idealisme dan realisme tambahan pula dengan aliran falsafah moden iaitu pragmatisme dan juga eksistensialisme. Saya merupakan seorang pelajar yang mempunyai aliran falsafah tradisional iaitu realisme. Saya percaya bahawa pelajar saya akan lebih faham dan minat untuk memahami sesuatu konsep apabila mempunyai kajian atau ujian kaji yang telah terbukti secara saintifik. Saya mestilah memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan sesuatu hubung kait dengan teori dan juga amali dengan benar-benar jelas kepada pelajar saya. Sebagai contoh, saya akan membuat sendiri model dan juga litar ringkas berkenaan dengan perintang siri di mana arus yang melepasi perintang adalah berkadar songsang dengan nilai perintang. Saya juga akan mendidik mereka untuk menepati masa dan mengakhiri kelas pada masa yang tepat mengikut jadual waktu. Hal ini kerana masa itu emas. Walaubagaimanapun, saya sedar dan tidak lupa bahawa tidak semua pelajar saya mempunyai falsafah realisme. Sebaliknya, kepada pelajar saya yang mempunyai aliran falsafah idealisme saya akan menyuruh mereka mengbandingkan latihan yang dibuat secara teori dan juga nilai yang diperolehi melalui ujikaji dan membuat pembincangan mengenai jumlah ralat serta rangkuman uji kaji. Selain itu, bagi pelajar yang mempunyai aliran falsafah pragmatism pula saya akan memberikan peluang kepada mereka untuk mengulangi ujikaji tersebut dari awal sampai akhir dengan penuh dedikasi. Akhir sekali, ialah pelajar yang mempunyai aliran falsafah eksistensialisme pula saya akan memberikan peluang kepada mereka menjadi ketua kumpulan dan akan mendahului setiap pembentangan. 


Saya percaya bahawa guru yang terbaik mestilah mengetahui dan memahami pelajar-pelajarnya dengan lebih mendalam, tentang bagaimana mereka berkembang dan belajar. Saya juga merupakan seorang pelajar dan mempunyai aliran falsafah pragmatisme. Saya tahu bahawa setiap pelajar membina dan mengubah pengetahuan mereka secara aktif berdasarkan pengalaman masa lalu dan pembelajaran sebelumnya. Justeru itu, saya akan memperbanyakkan aktiviti yang berbentuk amali yang memerlukanm pelajar memasuki makmal atau bengkel agar dapat menambahkan pengalaman pelajar untuk menyelesaikan sesuatu masalah serta mencungkil bakat para pelajar sekaligus dapat menambahkan lagi pemahaman pelajar dapat sesuatu konsep.  Sebagai contoh, saya akan cuba menjalankan aktiviti amali seperti pemasangan kabel gentian optik bersama pelajar saya. Saya perlulah menunjukkan cara pemasangan dari mula sampai akhir terlebih dahulu agar para pelajar dapat memahami berserta yakin untuk melakukan kerja amali tersebut. Melalui pengalaman yang telah ada diwaktu belajar kelak pelajar akan lebih mahir untuk diaplikasikan dalam kehidupan reality iaitu di alam perkerjaan kelak dan dapat menyumbangkan kemahiran yang telah di asah ini kepada keluarga, masyarakat dan juga negara.


Namun, saya sedar bahawa ada di antara pelajar saya yang cenderung kepada aliran falsafah yang lain. Oleh itu, saya akan merancang dan menyelitkan aktiviti yang berbeza-beza dah mampu merangkumi setiap aliran falsafah yang lain. Saya akan mengulangi arahan dan juga latihan tentang kabel gentian optic ini berulang kali agar pelajar saya yang mempunyai aliran falsafah idealisme akan lebih faham dengan jelas. Selain itu, penerangan saya tentang kabel gentian optic mestilah dikaitkan dengan teori atau fakta sebenar tentang kabel gentian optic agar pelajar saya yang mempunyai falsafah realisme akan lebih faham. Akhir sekali saya akan memberikan peluang kepada pelajar saya yang mempunyai aliran falsafah eksistensialisme untuk menjadi ketua kumpulan dan bukanlah ahli kumpulan.

Guru juga mestilah menerapkan falsafah pendidikan islam iaitu Ta'lim, Ta'dib dan Tarbiyah. Saya akan berusaha menujukkan contoh teladan atau ‘role model’ mengenai pembentukan akhlak, disiplin, tingkah laku, sahsiah dan seluruh adab sopan seseorang pelajar adalah bertujuan untuk membentuk dan mengembangkan pelajar. Sebagai contoh saya akan sentiasa mengekalkan adab semasa belajar dengan membaca doa sebelum dan selepas belajar. Selain itu, saya akan menceritakan dan memberi pendedahan tentang hikmah beradab bersama guru, seperti memberikan salam ketika berjumpa dengan guru dan sebagainya. Apabila murid memahami tentang sesuatu adab murid akan beramal dengan betul sekaligus dapat melahirkan pelajar dan masyarakat beradab. Tambahan pula, apabila pelajar dapat mengaplikasikan adab tersebut di luar bilik darjah seperti di tempat awam iainya mampu untuk membina dan mengukuhkan peradaban. Manusia yang hanya terpelajar dan terlatih tetapi tidak beradab boleh meruntuhkan institusi peradaban, malah peradaban itu sendiri.

 Gaya pembelajaran mestilah dititik beratkan oleh semua pendidik. Hal ini kerana saya sedar bahawa tidak semua pelajar saya mempunyai cara belajar yang sama atau pada kadar yang sama. Ada di antara mereka yang mempunyai gaya pembelajaran auditori, visual, kinestetik dan lain-lain. Justeru itu, saya mestilah merancang dan mengatur strategi pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dan dapat merangkumi setiap gaya pembelajaran murid. Sebagai contoh saya akan membuat dan membina sendiri slide pembentangan yang mempunyai banyak gambaran graft dan carta serta menyelitkan sekali dengan aktiviti berbentuk hands on untuk para pelajar. Saya percaya adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang guru untuk menjadi diagnostik yang berkesan terhadap minat, kebolehan, dan pengetahuan pelajar. Saya mesti merancang pengalaman pembelajaran yang akan mencabar dan membolehkan setiap pelajar berfikir dan berkembang. Saya juga akan cuba untuk memberikan proses pengajaran dan pembelajaran yang mudah difahami dan ringkas yang mampu membuat para pelajar memahami, meresap secara menyeluruh. Pembelajaran yang kita sedia tahu dan dapat diserap akan mendorong kita untuk apply sesuatu perkara ke alam rialiti, pesekitaran dan sebagainya. Disini saya boleh lihat bahawa dengan strategi yang terancang ini mampu mencapai salah satu objeltif FPK iaitu  ‘Usaha Yang Berterus Untuk Memperkembangan Potensi Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu'.

Seorang guru yang baik dan cemerlang juga perlu memahami konsep motivasi dan kesan interaksi rakan sebaya terhadap pembelajaran. Saya mempunyai hasrat dan harapan agar semua pelajar saya mencapai tahap tinggi sekaligus cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburi, jadi saya akan mengelakan daripada menyusun dan menetapkan pemebelajaran dan pengajaran yang khusus. Saya sedar bahawa adalah sangat bagus untuk seorang guru membuat aktiviti secara berkumpulan bagi menggalakkan mereka untuk bersaing antara satu sama lain. Saya juga sedar bahawa kebanyakan pembelajaran berlaku melalui interaksi sosial antara satu sama lain. Oleh itu, saya akan menyusun pembelajaran yang menarik minat para pelajar sekaligus dapat memupuk kerjasama dan bekerjasama secara produktif itu yang paling utama dalam sebahagian besar waktu kelas. Melalui interkasi sosial ini akan memberikan pelajar untuk berfikir mencari jalan penyelesaian masalah dari pelabagi aspek. Sekaligus pelaja dapat berfikir secara kritis dan kreatif serta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain termasuk kemajuan masyarakat dan negara. Seterusnya, saya juga turut menekan tentang kepentingan dan tumpuan kepada kesihatan dan kebersihan tubuh badan individu dengan melakukan aktiviti riadah serta memberikan contoh atau ‘role model’ yang terbaik dalam aspek kebersihan. Penerapan ini berkait rapat dengan manfaat tenaga fizikal secara berdikari ini mampu memberi kepentingan kepada masyarakat dan akhir sekali dapat meningkatkan daya pengeluaran, demi memberi sumbangan kepada kemajuan negara kelak. Tambahan pula, tidak dilupakan dengan perkembangan dari unsur emosi para pelajar juga memainkan peranan penting. Saya sedar bahawa emosi ini sangat penting dan berkait rapat dengan tumpuan, perasaan, jiwa yang sihat dan kuat.  Seorang guru yang terbaik mestilah mempunyai perasaan kasih sayang, memiliki semangat kekitaran yang muhibbah yang ikhlas dengan semua pelajar tanpa membezakan dan menghukum para pelajar. Pujian terhadap tindakan positif, idea-idea yang bernas, pencampain akademik yang memberangsangkan dan lain-lain adalah sangat penting untuk diberikan kepada para pelajar. Akhir sekali ialah unsur kerohanian juga perlu diterapkan. Hal ini kerana ianya berkait rapat dengan perasaan menyedari dan mengingati adanya pencipta, menghargai dan mensyukuri pemberian pencipta. Saya akan mengatur rancangan yang terbaik agar dapat memupuk dan mebina disiplin kendiri serta membentuk akhlak peribadi yang mulia. Rancangan itu tidak semestinya kompleks ianya hanya benda yang kecil tapi memberi impak yang besar kepada murid dalam konsteks islam iaitu mengucapkan alhamdulillah apabila diberikan penghargaan, pembacaan doa sebelum dan pengakhiran kelas, mengingati kepentingan solat dan sebagainya. Saya juga akan sentiasa meberi penerapan tentang hukum dan fenomena alam adalah merupakam peraturan yang ditetapkan oleh pencipta serta setiap manusia bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan perbuatan diri sendiri, melakukan kebaikan dan menghidari perbuatan kejahatan. Rangkumannya ialah seorang guru yang baik mestilah mempunyai startegi untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi Jasmani, Intelek, Rohani dan Emosi berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Guru yang baik juga mesti mengetahui mata pelajarannya dan bagaimana menolong pelajar mempelajari mata pelajaran tersebut. Saya sedia tahu guru yang baik mesti mempunyai penghayatan yang mendalam tentang bagaimana pengetahuan dibuat dalam disiplin, bagaimana ia disusun dan bagaimana ia dihubungkan dengan disiplin lain dan pesekitaran. Disiplin mempengaruhi banyak aspek sebagai contoh disimpiln dalam berketrampilan, akhlak yang mulia, bertanggunhgjawab dan sebagainya. Saya akan menggunakan pengetahuan saya mengenai disiplin untuk mendedahkan pelajar saya kepada cara berfikir kritis, mendorong mereka untuk menganalisis, mengaplikasikan, mensintesis, dan menilai semua yang mereka baca dan dengar. Saya akan menyemai rasa suka keatas mata pelajaran yang saya ajar, dan saya tahu bagaimana menjadikannya pembelajaran itu dapat diterapkan dalam diri pelajar dalam kehidupan seharian. Guru yang baik tidak dapat memulakan atau terus memberi inspirasi kepada pembelajaran tanpa menjadi pelajar. Guru yang baik mesti sentiasa belajar apa yang baru dan terkini selari dengan era, zaman, generasi baru pelajar. Sebenarnya, guru yang baik ini juga sering membantu untuk mencipta pengetahuan baru. Untuk menjalankan kepercayaan ini, saya mesti terus menerus mengkaji kaedah pengajaran saya dan mencari kaedah baru. Untuk terus berhubung dengan pelajar saya, kehidupan mereka dan sekolah di mana mereka akan mempraktikkan profesion mereka, saya mesti menjadikan para pelajar yang bermutu dan mampu memberi sumbangan tehadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat, negara dan dunia yang sentiasa berubah di mana pelajar tinggal. Saya mestilah bersemangat dan rela hati belajar dari pelajar saya semasa mereka belajar dengan saya.

Untuk mencapai matlamat dan objektif FPK secara selari dan menyeluruh mestilah mempunyai usaha, ikhtiar, kudrat, penghayatan dan kasih sayang seorang yang bergelar guru yang tidak berbelah bagi. Usaha ini tidak boleh berhenti di tengah jalan saya akan sentiasa berpegang teguh secara berterusan dengan FPK dan akan mengingatinya setiap hari dalam hati yang penuh ikhlas. Hal ini kerana, proses pembelajaran ini merupakan pembelajaran sepanjang hayat ‘life long learning’ dan tiada titik nokhtah.

 

Wednesday, December 16, 2020

WHO IS THE BEST TEACHER YOU HAVE EVER KNOWN?

 

 

 

Dear Teacher,

Thank you for being the unforgettable part of my life,

It is you who stood as ladder and helped me reach the heights of the achievements,

Thank you for your guidance, support and encouragement

which lead me to live my life in an inspiring way,

 

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya berharap agar pembaca blog ini berada dalam keadaan sihat walafiat dan di jauhi dengan penyakit covid 19 yang membelenggu Negara kita Malaysia sekarang. Stay safe guys!!

Bagi pendapatan saya semua guru, semua pendidik dan semua murabbi ini merupakan yang terbaik untuk anak-anak didik mereka. Hal ini kerana, usaha mereka yang berterusan dan tidak berbelah bagi untuk melahirkan dan membimbing anak bangsa kita untuk menjadi yang terbaik. Akan tetapi setiap pelajar semestinya mempunyai seorang guru yang diingati dan pernah menambat hati mereka sepanjang mereka bergelar seorang pelajar dan begitu juga saya J




Guru yang terbaik dan tidak pernah saya lupakan ialah Ustaz Khairul Napisham yang merupakan salah seorang pensyarah di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor. Alor Setar, Kedah merupakan tempat beliau di lahirkan. Beliau pernah mengajar saya dalam mata pelajaran Semiconductor Devices semasa saya di tahun dua pengajian di Politeknik. Beliau juga merupakan jurulatih permainan badminton di Politkenik serta pengerusi Pusat Islam Politeknik. 


Beliau adalah seorang guru yang sangat penyayang, beliau sentiasa mengambil berat dan membuat sapaan ringkas seperti menanya khabar, memberi salam dan sebaginya. Sifat penyebar beliau sentiasa menjadi panduan kepada saya. Hal ini kerana, belia tidak pernah mengeluh dan sentiasa bersemangat untuk mengulang subtopic yang kurang difahami muridnya. Jika cara pengajarannya tidak berhasil beliau tidak berputus asas dan beliau akan menukar strategi yang lebih tersusun dan senang untuk difahami. Sifat beliau yang sangat pemurah juga turut menjadi sebab kenapa saya memilih beliau Ustaz Khairul sebagai guru terbaik. Beliau sentiasa memberi ganjaran kepada pelajar yang dapat menjawab soalan dengan betul. Selain itu, beliau juga telah membuat sendiri nota ringkas yang ditulis oleh beliau dan diberikan kepada murid secara percuma kepada murid. Nota beliau sangat mudah difahami serta mudah dibawa kerana notanya sangat padat dan ringkas untuk dihafal. Beliau mengajar matapelajaran yang boleh dikatakan ‘Killer Subject’ akan tetapi Ustaz Khairul telah membuktikan bahawa matapelajaran yang susah boleh menjadi senang apabila mempunyai strategi pengajaran yang sistematik. Hal ini dibuktikan lagi dengan kejayaan hampir keseluruhan pelajar kelas saya mendapat A dalam subject Semiconductor Devices. Nilai murni atau nilai moral yang ada pada Ustaz Khairul ini berkait rapat dengan cabang Falsafah iaitu Aksiologi.



Beliau juga sentiasa menerapakan sikap ‘Open minded’. Beliau sentiasa menerima dan mendengar pendapat anak muridnya terlebih dahulu. Ustaz Khairul tidak akan menolak pendapat walaupun belaiu sedari pendapat itu adalah salah. Beliau sentiasa mempertimbangkan perkara yang benar terlebih dahulu. Jika pendapat anak muridnya bercanggah beliau tidak akan menghukum. Akan tetapi beliau akan terus memberi sebab dan alternatif lain kepada pendapat itu. Sekaligus memberikan pujian kepada muridnya yang berani melontarkan pendapat. Sikap ini sangat berkait rapat dengan cabang falsafah iaitu Epistemologi.

Beliau juga sentiasa menekan cabang falsafah iaitu Metafizik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beliau setiasa menekan kepentingan solat dan sentiasa berdoa untuk mendapat kejayaan dan keberkatan. Antara nasihat beliau ialah berusaha sehabis yang kita mampu berserta doa kepada tuhan agar dipermudahkan. Tawakkal dan berserah kepada tuhan jika kita yakin kita telah berusaha. Dan akhir sekali, redha dan menerima segala keputusan dengan hati yang terbuka.

Antara sebab utama kenapa saya memilih beliau adalah kerana beliau mempunyai aliran falsafah yang sama dengan personaliti saya iaitu Realisme dan Pragmatisme. Beliau merupakan seorang yang sangat menpati masa, beliau akan sentiasa datang awal ke kelas dan akan memulakan proses pembelajarannya tepat pukul 8 dan akan mengakhiri kelasnya tepat pada pukul 10 seperti yang ditetapkan pada jadual waktu kelas kami. Beliau akan tegas dan formal sepanjang beliau mengajar dan akan bergurau dan bergaul jika ada aktiviti ‘hands on’.

Beliau juga mempunyai ciri-ciri pragmatisme. Hal ini kerana, beliau sering melakukan kerja amali dan uji kaji yang ringkas untuk menambahkan lagi pemahaman dalam sesuatu konsep. Semasa melalukan kerja amali beliau akan menerangkan serta melakukan terlebih dahulu sebagai contoh kepada murid. Beliau percaya dengan kerja amali yang telah dibuatnya akan memudahkan dan melancarkan proses amali sekaligus pelajar akan mudah faham. Serta menambahkan pengatahuan pelajar apabila cuba membuatnya sendiri.


Sunday, November 8, 2020

Mengapa saya ingin menjadi seorang guru? bagaimana saya boleh mengubah pandangan saya mengenai falsafah?

 



“Teaching is the one profession that creates all other professions.”

 - Nelson Mandela

Teachers give us comic artists, filmmakers, astronauts, architects, and entrepreneurs. Without teachers, we wouldn’t have Superman, the Eiffel Tower, or the internet. Ultimately, it is the teachers who have the greatest superpower: creating superheroes.





Salam satu Malaysia buat pembaca blog ini,

Bagi saya kerjaya merupakan titik kehidupan seseorang individu menyara kehidupannya sendiri serta keluarga yang tercinta. Bagi setiap individu bidang kerjaya adalah berbeza antara satu sama lain. Hal ini kerana minat seseorang adalah berbeza. Tidak terkecuali saya, Saya meinginkan profession perguruan sebagai bidang saya kerana ini merupakan cita-cita yang saya idamkan sejak kecil lagi. Bagi saya perkerjaan menjadi seorang guru, seorang pendidik dan seorang murabbi ini merupakan pekerjaan yang amat mulia. Hal ini kerana, tiada seorang perdana menteri harini jika tiada guru sebagai pendidik dan tiadalah seorang angkasawan jika tiada guru. Ini menunjukan betapa penting dan bermaknanya perkerjaan seorang guru untuk bangsa, agama dan negara. Saya berasa amat bertuah kerana dibersarkan oleh kedua ibubapa yang merupakan seorang guru yang mengajar dalam bidang kejuruteraan elektronik dan elektrik. Oleh yang demikian. Saya telah didedahkan dengan pendidikan vokasional sejak saya kecil lagi. Bidang yang telah saya pilih dari peringkat diploma hingga ke ijazah merupakan hasrat kedua ibubapa saya berlandasakan minat dan cita-cita saya sejak kecil. Saya percaya dengan naluri seorang ibu yang lebih mengatahui kebolehan anaknya sejak lahir lagi.

 


Saya pernah menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Guru namun gagal kerana keputusan SPM yang tidak memberasangkan. Walaubagaimanapun, saya tidak berputus asa dengan hasrat kedua ibubapa saya, Saya telah melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam bidang eletronik komunikasi. Kebolehan dan kemahiran yang telah diasah di politeknik telah menimbulkan minat saya dalam bidang kejuruteraan elektronik dan elektrik. Saya sedar saya bukan lah individu yang gemarkan teori berbanding amali. Saya amat gemar membuat kerja bengkel, menguji alatan dan juga membuat projek berkaitan elektronik dan elektrik. Kerja-kerja amali ini secara tidak langsung menolong dan menambahkan kefahaman saya dalam sesuatu pelajara. Ini telah dibuktikan lagi dengan kemenangan pingat emas dalam pertandingan PSA invention and innovation (PITEX) untuk projek tahun akhir di politeknik. Minat yang mendalam dalam bidang kejuruteraan elektronik dan elektrik mendorong saya untuk memilih program sarjana muda pendidikan vokasional sebagai pilihan saya selaras dengan hasrat saya untuk menjadi seorang pendidik. saya juga ingin membuktikan kepada masyarakat bahawa seorang wanita juga mampu berada di bidang kejuruteraan seiring dengan kebolehan lelaki

 

‘ WOMEN EMPOWERMENT’

         


 insyallah satu hari nanti...(amin)


how can i change my views on philosophy?


TO BE HONEST

Sebelum saya mula mempelajari matapelajaran falsafah saya hanya beranggapan dan memadang falsafah ini merupakan silibus kepada jurusan kesasteraan yang mengadungi banyak fakta, tokoh yang perlu dihafal. Saya tahu dan sedar bahawa sistem pendidikan Negara kita mengguna pakai Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai teras tetapi kurang menggambil tahu apa itu yang dinama FALSAFAH?


Apabila dapat diberikan peluang untuk mempelajari dan mengenali falsafah, saya sedar bahawa falsafah ini sangat penting bukan sahaja untuk guru dan bakal guru malah untuk semua individu. Melalui pemebelajaran saya bersama pensyarah telah mengubah pandangan saya terhadap falsafah. Saya menyedari bahawa falsafah merupakan satu ilmu yang mempelajari tentang sebuah proses memahami aktiviti-aktiviti berfikir manusia, dan falsafah itu sendiri adalah aktiviti berfikir itu. Dengan kata lain, falsafah mendorong manusia untuk berfikir dengan lebih kritis dan kritikal.


Melalui pembacaan saya tujuan falsafah ialah mencari dan membuktikan kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Setiap perbuatan serta perlakuan manusia itu menggambarkan apa yang difikirkan oleh seseorang dalam akalnya, di mana apa yang dilakukannya adalah apa yang difikirkan. Oleh itu, seseorang yang berakhlak dan berdisiplin itu bolehlah dikatakan sebagai seorang yang mempunyai fikiran yang tersusun dan teratur serta akal yang sihat. Ini kerana, akhlak yang dicerminkannya menggambarkan keadaan akal fikirannya.


Melalui pembacaan saya, pendekatan yang bijak telah diambil oleh menteri pendidikan sewaktu Dr Maszlee Malik meminta agar subjek Falsafah dan Isu Semasa diwajibkan ke atas semua mahasiswa IPT. Ianya berperanan untuk membina pemikiran kritis dalam kalangan mahawasiswa apabila menilai isu semasa. Ia bukan belajar falsafah demi falsafah sendiri tetapi ia adalah belajar falsafah dengan tujuan untuk lebih memahami keluasan skop dan konteks isu semasa. Ia lahir hasil kesedaran bahawa wujud usaha global kolonialisasikan negara kita dalam pelbagai cara bukan sekadar jasmani tetapi termasuk kolonialisasi rohani, emosi dan intelek.




 Walaubagaimanapun ,Seperti bidang lain juga, Falsafah mempunyai kekurangan yang tersendiri, Oleh itu pertimbangkanlah yang baik dan tolaklah yang tidak bermanfaat cenderung kepada cabang falsafah iaitu Epistemologi. Hal ini kerana setiap tujuan mempelajari sesuatu perkara adalah untuk meningkatkan keimanan kita disisi Allah SWT iaitu Metafizik.Semakin kita faham sesuatu ilmu semakin bertambah keyakinan terhadap sesuatu perkara dan semakin bertambah keyakinan kepada pencipta.





 



Tuesday, October 27, 2020

Pengenalan Diri



Assalamualaikum and hallo!! how are you guys doing? I hope you guys are having an amazing day today and if you are having the worst day ever, better days are coming wokey? 


nama saya Nur Izzah Izzati Binti Norli (CB200065). Saya berusia 21 tahun (formal nyaaa). Kota Bharu ‘Bandar Raya Islam’ merupakan tempat lahir dan tempat membesar saya. Tanah yang cukup istimewa dihati saya sampai bila-bila (darah serendah sekebun bunga, tempat molek sereto comei penuh denga seni budayo…... hihi)


Saya pernah menuntut ilmu di Maahad Muhammadi Perempuan selama 5 tahun dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 5 banyak saya belajar soal rohani dan jugak akademik. SPM merupakan benda yang paling digeruni semua pelajar tingkatan 5 apatah lagi saya (sooooo scraryyyy..) Saya tidak begitu handal dan maher dalam akademik saya hanya meminati beberapa matapelajaran sahaja ( very choosy ) mathamtic, ekonomi  dan juga sains ‘je’ merupakan sasaran A saya (huhu..) anddddddd alhamdullilah I got all A’s for that particular subject (such a bad student ha?) but I also got A in Sejarah till now on I still proud of myself (Alhamdulillah) Since I didn’t do well on my SPM.



Sedih kecewa tu mesti terasa and I started to have a safe target which is tak kesah ambik course apa tapi yang penting dapat masuk universiti. But it doesn’t happen when you have a great ummi dan abah in the world who always save you from everything and I got scold from my parents for that ‘safe’ strategy that I made (fuhhh..) ummi abah saya merupakan seorang guru or lecturer ( I’m confused) di Kolej Vokasional Pengkalan Chepa. At that time my parents told me no matter what is the name of intuition either it’s unknown but the important things was the course that you taking ( its true I finally realised ) 


Dengan ketentuan yang maha esa Allah saya dapat melajutkan pelajaran ni Politeknik Shah Alam dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) selama 3 tahun. Sedih merupakan perasaan yang ada bila saya pandang muka ummi abah saya waktu itu . saya sedar saya bukanlah anak yang mampu menggembirakan kedua ibubapa saya (alaaa sedih la pulak ) but its true cause I have my brilliant and smart sister who got all A’s in SPM and got fully scholarship to china. Bumi dan langit perbandingan yang tepat untuk saya. Akan tetapi saya tidak membenarkan aura negatif mempengaruhi saya (acecehhhh) Hari pertama saya jejak kaki di Politeknik saya telah memasang niat dan wawasan saya. 


saya merupakan seorang pelajar yang mempunyai ciri-ciri falsafah tradisional iaitu Realisme kerana saya sangat menepati masa. Saya akan bangun pukul awal 6:00 pagi setiap hari .wal hal kelas pertama saya bermula pada pukul 8:00 pagi. Bagi saya biarlah saya tunggu guru 1 jam dari guru melihat saya datang lambat. saya pernah datang lambat disebabkan oleh bas tidak beroperasi pada hari tersebut. saya ke kelas dengan rasa bersalah tetapi saya sempat inform rakan serta guru yang mengajar. tapi apakan daya guru tersebut tidak membaca ws itu ;( saya kena marah dan guru tersebut memberikan LAST WARNING!! kepada saya.lepas je kelas saya nekad tak kesah lah jalan kaki ke basikal ke saya kena datang awal kelas. 


bidang yang saya ambik ini melibatkan banyak amali daripada teori. sejak dari itu saya mula sedar bahawa dengan membuat amali saya akan mudah faham tentang konsep sebenar sesuatu subject. Saya juga perlu melihat procedure amali dahulu sebelum melakukan proses supaya lebih tahu langkah-langkah yang betul. Sebagai contoh proses penghasilan cable RJ11, Fiber Optic dan sebagainya. Saya juga akan mudah faham jika saya membuat amali sendiri.ciri-ciri ini sangat cenderung kepada falsafah moden iaitu Pragmatisme



Wawasan saya hanya dua sahaja iaitu naik pentas di majlis konvokasyen serta dapat memakai plat Dekan dihadapan kedua ibubapa saya. Yang kedua dapat masuk Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam bidang Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik dan Elektronik) dengan kupujian (BBE) (I said that in every doa ). This is just the only way I can make my parents proud of me .




And now!!!!!!, Alhamdulillah allah kabulkan setiap doa saya dan sekarang saya merupakan pelajar tahun satu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam bidang Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik dan Elektronik) dengan kupujian (BBE). Allah jugak telah memakbulkan doa saya iaitu mendapat Dekan keseluruhan di Politeknik. Saat memberitahu kedua ibubapa saya tentang keputusan saya dapat masuk UTHM adalah saat paling bahagia dalam hidup saya ibubapa saya sebak dengan pencapain saya alhamdulllah ( such a wonderful moment for me awww ) 


This month (October) was the month that I been waiting to enter my university of dreams. Even though this pandemic doesn’t allow student to enter university. Well, at first I was so disappointed cause This is the day that I been waiting for 3 years, this is the day when I can tell people that I really care about my education, this is the day when I can tell my parents I can! ( this is the only way I can make my mom and my dad proud of me….) emotion… everyone couldn’t feel and understand what I had faced before. how was sooooo disappointed I was, when somebody ask me where I study? Maybe it’s just a short and simple question to answer tapi berat bagi saya. Apabila masyarakat memandang graduan politeknik tiada masa depan ( I can tell from their reaction ) . There is no failure except in no longer trying. There is no word in the world could able to replace Alhamdulillah for an amazing gift ya allah..


sooooo....





My plan to become a teacher with strong philosophy

Assalamualaikum dan salam sejahtera, penularan covid-19 semakin meningkat hingga 4 angka setiap hari. jadi izin kan saya memulakan penulisan...