Assalamualaikum dan salam sejahtera, penularan covid-19 semakin meningkat hingga 4 angka setiap hari. jadi izin kan saya memulakan
penulisan blog ini dengan serangkap pantun..
Saya berharap agar pembaca blog ini
dalam keadaan sihat walafiat dan dihindari dengan wabak covid-19 ini 'KITA JAGA KITA'...
Topik kali ini bukanlah berkaitan dengan covid-19 tetapi hanya sebagai peringatan bersama :) Topik hari ini merupakan penghujung atau last tajuk yang saya akan huraikan untuk memenuhi kritiria tugasan projek karya filo-sophia (sedih.. sob sob) insyallah jika ada kelapangan saya akan sambung lagi penulisan di blog ini dengan tajuk yang lebih menarik.
Sepertimana yang kita sedia tahu
bahawa satu rangkap baris kata dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah
termenterai pada tahun 1988 yang dahulu nya diberi nama Falsafah Pendidikan
Negara. Ilham ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu
iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1979. FPK ini merupakan gabungan atau
cantuman concepts – The 4 Western Philosophy & The 3T Islamic Philosophy.
Setiap insan yang bergelar guru
mestilah mempunyai strategi, cara berserta ilham mereka yang tersendiri untuk
memenuhi dan sekaligus mencapai objektif sebenar FPK. Tujuan sebenar FPK ini
adalah untuk memperkembangkan lagi FPK sebagai asas pendidikan kita dan untuk
mempromosikan perpaduan dalam mendidik generasi masa depan Malaysia.
I believe a good teacher, first, has a powerful faith in the future. Like the forester planting an oak seedling knowing he or she will never see the tree in all its glory, I know I may never see the fruits of my labors as teacher. My calling is to plant and nurture seeds that will grow and shape tomorrow.
Saya sebagai calon guru dan suatu hari
nanti akan bergelar menjadi seorang guru sebenar (insyallah) akan memikirkan
cara, strategi atau rancangan saya sendiri untuk menjadi guru yang mempunyai
falsafah yang kuat serta mampu mencapai matlamat dan juga objektif sebenar FPK.
Setiap individu mempunyai aliran
falsafah masing-masing seperti aliran falsafah tradisional iaitu idealisme dan
realisme tambahan pula dengan aliran falsafah moden iaitu pragmatisme dan juga
eksistensialisme. Saya merupakan seorang pelajar yang mempunyai aliran falsafah
tradisional iaitu realisme. Saya percaya bahawa pelajar saya akan lebih faham
dan minat untuk memahami sesuatu konsep apabila mempunyai kajian atau ujian
kaji yang telah terbukti secara saintifik. Saya mestilah memainkan peranan yang
penting untuk menyampaikan sesuatu hubung kait dengan teori dan juga amali
dengan benar-benar jelas kepada pelajar saya. Sebagai contoh, saya akan membuat
sendiri model dan juga litar ringkas berkenaan dengan perintang siri di mana
arus yang melepasi perintang adalah berkadar songsang dengan nilai perintang.
Saya juga akan mendidik mereka untuk menepati masa dan mengakhiri kelas pada
masa yang tepat mengikut jadual waktu. Hal ini kerana masa itu emas.
Walaubagaimanapun, saya sedar dan tidak lupa bahawa tidak semua pelajar saya
mempunyai falsafah realisme. Sebaliknya, kepada pelajar saya yang mempunyai
aliran falsafah idealisme saya akan menyuruh mereka mengbandingkan latihan yang
dibuat secara teori dan juga nilai yang diperolehi melalui ujikaji dan membuat
pembincangan mengenai jumlah ralat serta rangkuman uji kaji. Selain itu, bagi
pelajar yang mempunyai aliran falsafah pragmatism pula saya akan memberikan
peluang kepada mereka untuk mengulangi ujikaji tersebut dari awal sampai akhir
dengan penuh dedikasi. Akhir sekali, ialah pelajar yang mempunyai aliran
falsafah eksistensialisme pula saya akan memberikan peluang kepada mereka
menjadi ketua kumpulan dan akan mendahului setiap pembentangan.
Saya percaya bahawa guru yang terbaik
mestilah mengetahui dan memahami pelajar-pelajarnya dengan lebih mendalam,
tentang bagaimana mereka berkembang dan belajar. Saya juga merupakan seorang
pelajar dan mempunyai aliran falsafah pragmatisme. Saya tahu bahawa setiap
pelajar membina dan mengubah pengetahuan mereka secara aktif berdasarkan
pengalaman masa lalu dan pembelajaran sebelumnya. Justeru itu, saya akan
memperbanyakkan aktiviti yang berbentuk amali yang memerlukanm pelajar memasuki
makmal atau bengkel agar dapat menambahkan pengalaman pelajar untuk menyelesaikan
sesuatu masalah serta mencungkil bakat para pelajar sekaligus dapat menambahkan
lagi pemahaman pelajar dapat sesuatu konsep. Sebagai contoh, saya
akan cuba menjalankan aktiviti amali seperti pemasangan kabel gentian optik
bersama pelajar saya. Saya perlulah menunjukkan cara pemasangan dari mula
sampai akhir terlebih dahulu agar para pelajar dapat memahami berserta yakin
untuk melakukan kerja amali tersebut. Melalui pengalaman yang telah ada diwaktu
belajar kelak pelajar akan lebih mahir untuk diaplikasikan dalam kehidupan
reality iaitu di alam perkerjaan kelak dan dapat menyumbangkan kemahiran yang
telah di asah ini kepada keluarga, masyarakat dan juga negara.
Namun, saya sedar bahawa ada di antara
pelajar saya yang cenderung kepada aliran falsafah yang lain. Oleh itu, saya
akan merancang dan menyelitkan aktiviti yang berbeza-beza dah mampu merangkumi
setiap aliran falsafah yang lain. Saya akan mengulangi arahan dan juga latihan
tentang kabel gentian optic ini berulang kali agar pelajar saya yang mempunyai
aliran falsafah idealisme akan lebih faham dengan jelas. Selain itu, penerangan
saya tentang kabel gentian optic mestilah dikaitkan dengan teori atau fakta
sebenar tentang kabel gentian optic agar pelajar saya yang mempunyai falsafah
realisme akan lebih faham. Akhir sekali saya akan memberikan peluang kepada
pelajar saya yang mempunyai aliran falsafah eksistensialisme untuk menjadi
ketua kumpulan dan bukanlah ahli kumpulan.
Guru juga mestilah menerapkan falsafah pendidikan islam
iaitu Ta'lim, Ta'dib dan Tarbiyah. Saya akan berusaha
menujukkan contoh teladan atau ‘role model’ mengenai pembentukan akhlak,
disiplin, tingkah laku, sahsiah dan seluruh adab sopan seseorang pelajar adalah bertujuan untuk membentuk dan
mengembangkan pelajar. Sebagai contoh saya akan sentiasa mengekalkan adab
semasa belajar dengan membaca doa sebelum dan selepas belajar. Selain itu, saya
akan menceritakan dan memberi pendedahan tentang hikmah beradab bersama guru,
seperti memberikan salam ketika berjumpa dengan guru dan sebagainya. Apabila
murid memahami tentang sesuatu adab murid akan beramal dengan betul sekaligus
dapat melahirkan pelajar dan masyarakat beradab. Tambahan pula, apabila pelajar
dapat mengaplikasikan adab tersebut di luar bilik darjah seperti di tempat awam
iainya mampu untuk membina dan mengukuhkan peradaban. Manusia yang hanya
terpelajar dan terlatih tetapi tidak beradab boleh meruntuhkan institusi
peradaban, malah peradaban itu sendiri.
Gaya pembelajaran mestilah dititik beratkan oleh semua pendidik. Hal ini kerana saya sedar bahawa tidak semua pelajar saya mempunyai cara belajar yang sama atau pada kadar yang sama. Ada di antara mereka yang mempunyai gaya pembelajaran auditori, visual, kinestetik dan lain-lain. Justeru itu, saya mestilah merancang dan mengatur strategi pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dan dapat merangkumi setiap gaya pembelajaran murid. Sebagai contoh saya akan membuat dan membina sendiri slide pembentangan yang mempunyai banyak gambaran graft dan carta serta menyelitkan sekali dengan aktiviti berbentuk hands on untuk para pelajar. Saya percaya adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang guru untuk menjadi diagnostik yang berkesan terhadap minat, kebolehan, dan pengetahuan pelajar. Saya mesti merancang pengalaman pembelajaran yang akan mencabar dan membolehkan setiap pelajar berfikir dan berkembang. Saya juga akan cuba untuk memberikan proses pengajaran dan pembelajaran yang mudah difahami dan ringkas yang mampu membuat para pelajar memahami, meresap secara menyeluruh. Pembelajaran yang kita sedia tahu dan dapat diserap akan mendorong kita untuk apply sesuatu perkara ke alam rialiti, pesekitaran dan sebagainya. Disini saya boleh lihat bahawa dengan strategi yang terancang ini mampu mencapai salah satu objeltif FPK iaitu ‘Usaha Yang Berterus Untuk Memperkembangan Potensi Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu'.
Seorang guru yang baik dan cemerlang juga perlu memahami konsep motivasi dan kesan interaksi rakan sebaya terhadap pembelajaran. Saya mempunyai hasrat dan harapan agar semua pelajar saya mencapai tahap tinggi sekaligus cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburi, jadi saya akan mengelakan daripada menyusun dan menetapkan pemebelajaran dan pengajaran yang khusus. Saya sedar bahawa adalah sangat bagus untuk seorang guru membuat aktiviti secara berkumpulan bagi menggalakkan mereka untuk bersaing antara satu sama lain. Saya juga sedar bahawa kebanyakan pembelajaran berlaku melalui interaksi sosial antara satu sama lain. Oleh itu, saya akan menyusun pembelajaran yang menarik minat para pelajar sekaligus dapat memupuk kerjasama dan bekerjasama secara produktif itu yang paling utama dalam sebahagian besar waktu kelas. Melalui interkasi sosial ini akan memberikan pelajar untuk berfikir mencari jalan penyelesaian masalah dari pelabagi aspek. Sekaligus pelaja dapat berfikir secara kritis dan kreatif serta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain termasuk kemajuan masyarakat dan negara. Seterusnya, saya juga turut menekan tentang kepentingan dan tumpuan kepada kesihatan dan kebersihan tubuh badan individu dengan melakukan aktiviti riadah serta memberikan contoh atau ‘role model’ yang terbaik dalam aspek kebersihan. Penerapan ini berkait rapat dengan manfaat tenaga fizikal secara berdikari ini mampu memberi kepentingan kepada masyarakat dan akhir sekali dapat meningkatkan daya pengeluaran, demi memberi sumbangan kepada kemajuan negara kelak. Tambahan pula, tidak dilupakan dengan perkembangan dari unsur emosi para pelajar juga memainkan peranan penting. Saya sedar bahawa emosi ini sangat penting dan berkait rapat dengan tumpuan, perasaan, jiwa yang sihat dan kuat. Seorang guru yang terbaik mestilah mempunyai perasaan kasih sayang, memiliki semangat kekitaran yang muhibbah yang ikhlas dengan semua pelajar tanpa membezakan dan menghukum para pelajar. Pujian terhadap tindakan positif, idea-idea yang bernas, pencampain akademik yang memberangsangkan dan lain-lain adalah sangat penting untuk diberikan kepada para pelajar. Akhir sekali ialah unsur kerohanian juga perlu diterapkan. Hal ini kerana ianya berkait rapat dengan perasaan menyedari dan mengingati adanya pencipta, menghargai dan mensyukuri pemberian pencipta. Saya akan mengatur rancangan yang terbaik agar dapat memupuk dan mebina disiplin kendiri serta membentuk akhlak peribadi yang mulia. Rancangan itu tidak semestinya kompleks ianya hanya benda yang kecil tapi memberi impak yang besar kepada murid dalam konsteks islam iaitu mengucapkan alhamdulillah apabila diberikan penghargaan, pembacaan doa sebelum dan pengakhiran kelas, mengingati kepentingan solat dan sebagainya. Saya juga akan sentiasa meberi penerapan tentang hukum dan fenomena alam adalah merupakam peraturan yang ditetapkan oleh pencipta serta setiap manusia bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan perbuatan diri sendiri, melakukan kebaikan dan menghidari perbuatan kejahatan. Rangkumannya ialah seorang guru yang baik mestilah mempunyai startegi untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi Jasmani, Intelek, Rohani dan Emosi berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
Guru
yang baik juga mesti mengetahui mata pelajarannya dan bagaimana menolong
pelajar mempelajari mata pelajaran tersebut. Saya sedia tahu guru yang baik
mesti mempunyai penghayatan yang mendalam tentang bagaimana pengetahuan dibuat
dalam disiplin, bagaimana ia disusun dan bagaimana ia dihubungkan dengan
disiplin lain dan pesekitaran. Disiplin mempengaruhi banyak aspek sebagai
contoh disimpiln dalam berketrampilan, akhlak yang mulia, bertanggunhgjawab dan
sebagainya. Saya akan menggunakan pengetahuan saya mengenai disiplin untuk
mendedahkan pelajar saya kepada cara berfikir kritis, mendorong mereka untuk
menganalisis, mengaplikasikan, mensintesis, dan menilai semua yang mereka baca
dan dengar. Saya akan menyemai rasa suka keatas mata pelajaran yang saya ajar,
dan saya tahu bagaimana menjadikannya pembelajaran itu dapat diterapkan dalam
diri pelajar dalam kehidupan seharian. Guru yang baik tidak dapat memulakan
atau terus memberi inspirasi kepada pembelajaran tanpa menjadi pelajar. Guru
yang baik mesti sentiasa belajar apa yang baru dan terkini selari dengan era,
zaman, generasi baru pelajar. Sebenarnya, guru yang baik ini juga sering
membantu untuk mencipta pengetahuan baru. Untuk menjalankan kepercayaan ini,
saya mesti terus menerus mengkaji kaedah pengajaran saya dan mencari kaedah
baru. Untuk terus berhubung dengan pelajar saya, kehidupan mereka dan sekolah
di mana mereka akan mempraktikkan profesion mereka, saya mesti menjadikan para
pelajar yang bermutu dan mampu memberi sumbangan tehadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat, negara dan dunia yang sentiasa berubah di mana pelajar
tinggal. Saya mestilah bersemangat dan rela hati belajar dari pelajar saya
semasa mereka belajar dengan saya.
Untuk mencapai matlamat dan objektif FPK secara selari dan menyeluruh mestilah mempunyai usaha, ikhtiar, kudrat, penghayatan dan kasih sayang seorang yang bergelar guru yang tidak berbelah bagi. Usaha ini tidak boleh berhenti di tengah jalan saya akan sentiasa berpegang teguh secara berterusan dengan FPK dan akan mengingatinya setiap hari dalam hati yang penuh ikhlas. Hal ini kerana, proses pembelajaran ini merupakan pembelajaran sepanjang hayat ‘life long learning’ dan tiada titik nokhtah.
No comments:
Post a Comment