Wednesday, December 16, 2020

WHO IS THE BEST TEACHER YOU HAVE EVER KNOWN?

 

 

 

Dear Teacher,

Thank you for being the unforgettable part of my life,

It is you who stood as ladder and helped me reach the heights of the achievements,

Thank you for your guidance, support and encouragement

which lead me to live my life in an inspiring way,

 

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya berharap agar pembaca blog ini berada dalam keadaan sihat walafiat dan di jauhi dengan penyakit covid 19 yang membelenggu Negara kita Malaysia sekarang. Stay safe guys!!

Bagi pendapatan saya semua guru, semua pendidik dan semua murabbi ini merupakan yang terbaik untuk anak-anak didik mereka. Hal ini kerana, usaha mereka yang berterusan dan tidak berbelah bagi untuk melahirkan dan membimbing anak bangsa kita untuk menjadi yang terbaik. Akan tetapi setiap pelajar semestinya mempunyai seorang guru yang diingati dan pernah menambat hati mereka sepanjang mereka bergelar seorang pelajar dan begitu juga saya J




Guru yang terbaik dan tidak pernah saya lupakan ialah Ustaz Khairul Napisham yang merupakan salah seorang pensyarah di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor. Alor Setar, Kedah merupakan tempat beliau di lahirkan. Beliau pernah mengajar saya dalam mata pelajaran Semiconductor Devices semasa saya di tahun dua pengajian di Politeknik. Beliau juga merupakan jurulatih permainan badminton di Politkenik serta pengerusi Pusat Islam Politeknik. 


Beliau adalah seorang guru yang sangat penyayang, beliau sentiasa mengambil berat dan membuat sapaan ringkas seperti menanya khabar, memberi salam dan sebaginya. Sifat penyebar beliau sentiasa menjadi panduan kepada saya. Hal ini kerana, belia tidak pernah mengeluh dan sentiasa bersemangat untuk mengulang subtopic yang kurang difahami muridnya. Jika cara pengajarannya tidak berhasil beliau tidak berputus asas dan beliau akan menukar strategi yang lebih tersusun dan senang untuk difahami. Sifat beliau yang sangat pemurah juga turut menjadi sebab kenapa saya memilih beliau Ustaz Khairul sebagai guru terbaik. Beliau sentiasa memberi ganjaran kepada pelajar yang dapat menjawab soalan dengan betul. Selain itu, beliau juga telah membuat sendiri nota ringkas yang ditulis oleh beliau dan diberikan kepada murid secara percuma kepada murid. Nota beliau sangat mudah difahami serta mudah dibawa kerana notanya sangat padat dan ringkas untuk dihafal. Beliau mengajar matapelajaran yang boleh dikatakan ‘Killer Subject’ akan tetapi Ustaz Khairul telah membuktikan bahawa matapelajaran yang susah boleh menjadi senang apabila mempunyai strategi pengajaran yang sistematik. Hal ini dibuktikan lagi dengan kejayaan hampir keseluruhan pelajar kelas saya mendapat A dalam subject Semiconductor Devices. Nilai murni atau nilai moral yang ada pada Ustaz Khairul ini berkait rapat dengan cabang Falsafah iaitu Aksiologi.



Beliau juga sentiasa menerapakan sikap ‘Open minded’. Beliau sentiasa menerima dan mendengar pendapat anak muridnya terlebih dahulu. Ustaz Khairul tidak akan menolak pendapat walaupun belaiu sedari pendapat itu adalah salah. Beliau sentiasa mempertimbangkan perkara yang benar terlebih dahulu. Jika pendapat anak muridnya bercanggah beliau tidak akan menghukum. Akan tetapi beliau akan terus memberi sebab dan alternatif lain kepada pendapat itu. Sekaligus memberikan pujian kepada muridnya yang berani melontarkan pendapat. Sikap ini sangat berkait rapat dengan cabang falsafah iaitu Epistemologi.

Beliau juga sentiasa menekan cabang falsafah iaitu Metafizik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beliau setiasa menekan kepentingan solat dan sentiasa berdoa untuk mendapat kejayaan dan keberkatan. Antara nasihat beliau ialah berusaha sehabis yang kita mampu berserta doa kepada tuhan agar dipermudahkan. Tawakkal dan berserah kepada tuhan jika kita yakin kita telah berusaha. Dan akhir sekali, redha dan menerima segala keputusan dengan hati yang terbuka.

Antara sebab utama kenapa saya memilih beliau adalah kerana beliau mempunyai aliran falsafah yang sama dengan personaliti saya iaitu Realisme dan Pragmatisme. Beliau merupakan seorang yang sangat menpati masa, beliau akan sentiasa datang awal ke kelas dan akan memulakan proses pembelajarannya tepat pukul 8 dan akan mengakhiri kelasnya tepat pada pukul 10 seperti yang ditetapkan pada jadual waktu kelas kami. Beliau akan tegas dan formal sepanjang beliau mengajar dan akan bergurau dan bergaul jika ada aktiviti ‘hands on’.

Beliau juga mempunyai ciri-ciri pragmatisme. Hal ini kerana, beliau sering melakukan kerja amali dan uji kaji yang ringkas untuk menambahkan lagi pemahaman dalam sesuatu konsep. Semasa melalukan kerja amali beliau akan menerangkan serta melakukan terlebih dahulu sebagai contoh kepada murid. Beliau percaya dengan kerja amali yang telah dibuatnya akan memudahkan dan melancarkan proses amali sekaligus pelajar akan mudah faham. Serta menambahkan pengatahuan pelajar apabila cuba membuatnya sendiri.


No comments:

Post a Comment

My plan to become a teacher with strong philosophy

Assalamualaikum dan salam sejahtera, penularan covid-19 semakin meningkat hingga 4 angka setiap hari. jadi izin kan saya memulakan penulisan...