“Teaching is the one profession that creates all other professions.”
- Nelson Mandela
Teachers
give us comic artists, filmmakers, astronauts, architects, and entrepreneurs.
Without teachers, we wouldn’t have Superman, the Eiffel Tower, or the internet.
Ultimately, it is the teachers who have the greatest superpower: creating
superheroes.
Salam satu Malaysia buat pembaca blog ini,
Bagi saya kerjaya merupakan titik kehidupan seseorang individu menyara kehidupannya sendiri serta keluarga yang tercinta. Bagi setiap individu bidang kerjaya adalah berbeza antara satu sama lain. Hal ini kerana minat seseorang adalah berbeza. Tidak terkecuali saya, Saya meinginkan profession perguruan sebagai bidang saya kerana ini merupakan cita-cita yang saya idamkan sejak kecil lagi. Bagi saya perkerjaan menjadi seorang guru, seorang pendidik dan seorang murabbi ini merupakan pekerjaan yang amat mulia. Hal ini kerana, tiada seorang perdana menteri harini jika tiada guru sebagai pendidik dan tiadalah seorang angkasawan jika tiada guru. Ini menunjukan betapa penting dan bermaknanya perkerjaan seorang guru untuk bangsa, agama dan negara. Saya berasa amat bertuah kerana dibersarkan oleh kedua ibubapa yang merupakan seorang guru yang mengajar dalam bidang kejuruteraan elektronik dan elektrik. Oleh yang demikian. Saya telah didedahkan dengan pendidikan vokasional sejak saya kecil lagi. Bidang yang telah saya pilih dari peringkat diploma hingga ke ijazah merupakan hasrat kedua ibubapa saya berlandasakan minat dan cita-cita saya sejak kecil. Saya percaya dengan naluri seorang ibu yang lebih mengatahui kebolehan anaknya sejak lahir lagi.
Saya pernah menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Guru namun gagal kerana keputusan SPM yang tidak memberasangkan. Walaubagaimanapun, saya tidak berputus asa dengan hasrat kedua ibubapa saya, Saya telah melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam bidang eletronik komunikasi. Kebolehan dan kemahiran yang telah diasah di politeknik telah menimbulkan minat saya dalam bidang kejuruteraan elektronik dan elektrik. Saya sedar saya bukan lah individu yang gemarkan teori berbanding amali. Saya amat gemar membuat kerja bengkel, menguji alatan dan juga membuat projek berkaitan elektronik dan elektrik. Kerja-kerja amali ini secara tidak langsung menolong dan menambahkan kefahaman saya dalam sesuatu pelajara. Ini telah dibuktikan lagi dengan kemenangan pingat emas dalam pertandingan PSA invention and innovation (PITEX) untuk projek tahun akhir di politeknik. Minat yang mendalam dalam bidang kejuruteraan elektronik dan elektrik mendorong saya untuk memilih program sarjana muda pendidikan vokasional sebagai pilihan saya selaras dengan hasrat saya untuk menjadi seorang pendidik. saya juga ingin membuktikan kepada masyarakat bahawa seorang wanita juga mampu berada di bidang kejuruteraan seiring dengan kebolehan lelaki
‘ WOMEN EMPOWERMENT’
insyallah satu hari nanti...(amin)
how can i change my views on philosophy?
TO BE HONEST
Sebelum saya mula mempelajari matapelajaran falsafah saya hanya
beranggapan dan memadang falsafah ini merupakan silibus kepada jurusan
kesasteraan yang mengadungi banyak fakta, tokoh yang perlu dihafal. Saya tahu
dan sedar bahawa sistem pendidikan Negara kita mengguna pakai Falsafah
Pendidikan Kebangsaan sebagai teras tetapi kurang menggambil tahu apa itu yang
dinama FALSAFAH?
Apabila dapat diberikan peluang untuk mempelajari dan mengenali falsafah,
saya sedar bahawa falsafah ini sangat penting bukan sahaja untuk guru dan bakal
guru malah untuk semua individu. Melalui pemebelajaran saya bersama pensyarah
telah mengubah pandangan saya terhadap falsafah. Saya menyedari bahawa falsafah merupakan satu ilmu yang mempelajari tentang sebuah
proses memahami aktiviti-aktiviti berfikir manusia, dan falsafah itu sendiri
adalah aktiviti berfikir itu. Dengan kata lain, falsafah mendorong manusia
untuk berfikir dengan lebih kritis dan kritikal.
Melalui pembacaan saya tujuan falsafah ialah
mencari dan membuktikan kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk
perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Setiap perbuatan serta perlakuan
manusia itu menggambarkan apa yang difikirkan oleh seseorang dalam akalnya, di
mana apa yang dilakukannya adalah apa yang difikirkan. Oleh itu, seseorang yang
berakhlak dan berdisiplin itu bolehlah dikatakan sebagai seorang yang mempunyai
fikiran yang tersusun dan teratur serta akal yang sihat. Ini kerana, akhlak yang
dicerminkannya menggambarkan keadaan akal fikirannya.
Melalui pembacaan saya, pendekatan yang bijak
telah diambil oleh menteri pendidikan sewaktu Dr Maszlee Malik meminta agar
subjek Falsafah dan Isu Semasa diwajibkan ke atas semua mahasiswa IPT. Ianya
berperanan untuk membina pemikiran kritis dalam kalangan mahawasiswa apabila
menilai isu semasa. Ia bukan belajar falsafah demi falsafah sendiri tetapi ia
adalah belajar falsafah dengan tujuan untuk lebih memahami keluasan skop dan
konteks isu semasa. Ia lahir hasil kesedaran bahawa wujud usaha global kolonialisasikan
negara kita dalam pelbagai cara bukan sekadar jasmani tetapi termasuk
kolonialisasi rohani, emosi dan intelek.
Walaubagaimanapun ,Seperti bidang lain juga, Falsafah
mempunyai kekurangan yang tersendiri, Oleh itu pertimbangkanlah yang baik dan
tolaklah yang tidak bermanfaat cenderung kepada cabang falsafah iaitu
Epistemologi. Hal ini kerana setiap tujuan mempelajari sesuatu perkara adalah
untuk meningkatkan keimanan kita disisi Allah SWT iaitu Metafizik.Semakin kita
faham sesuatu ilmu semakin bertambah keyakinan terhadap sesuatu perkara dan
semakin bertambah keyakinan kepada pencipta.